Friday, April 25, 2008

Love You So Much Too

Friday, April 04, 2008

Saya bukan Tan Sri

Ever since I started Mainetalities, and wrote about Syed Mokhtar, soooo many comments came in. I read the first, then the second and then I don't dare to open the comment box anymore.
I was expecting comments such as more feedbacks on his deeds towards the society, or his other brilliant business steps, or there's another philantrophic figure just like him I don't know of.
Instead, the comments open me up to see deeper on how people of my race think. This is already going out of tune isn't it?!
But it sure gave me the creeps when .....
*I saw how dumb some people are for thinking the blog belongs to Tan Sri himself and siap mintak duit buta-buta without any justifications.
*I saw how desperate and truely in need other people are and all I wish is Syed Mokhtar's PA noticed that blog.
I know, anak nelayan lah antara yang paling susah in this country. I wonder.... if one day I become a millionaire, would I still have the will and thoughts to set up fishing and business training school in their kampungs. Will it work when this should've happen a long time ago?
Assalamualaikum Tan Sri,
saya cuma ingin memohon jasa baik tan sri untuk memberikan sedikit bantuan kewangan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di universiti tanah air. saya berjaya memperoleh 9a1b dlm spm 2007.besarlah harapan saya jika tan sri mampu menghulurkan bantuan walau sebanyak mana kerana ia amat bermakna buat saya.keluarga saya tidak mampu menanggung kesemua perbelanjaan saya di universiti kerana ayah saya merupakan seorang nelayan dan terpaksa menanggung 6 orang anak.
saya pohon agar jihad saya ini tidak akan terhenti separuh jalan.
balasan dari pihak tan sri amatlah saya harapkan..
sekian terima kasih
0139660516
And this guy, is a big time loser. If I am the Tan Sri, not only I will not hulur anything, in fact, I would get my PA to give him a call and tell him to spell 'saya and jasa' properly and kalau betul ada otak, tengok betul betul blog ni, which doesn't belong to Tan Sri. What a waste of place in Multimedia College, belajar kat mana tulis comment dalam blog, tak ada justification apa-apa boleh dapat RM15 ribu? Kalau cara ni senang dapat duit, baik mintak RM15 juta!

Assalammualaikum Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..
saye dzulhazry bin zainal abidin dari gombak selangor..
saye memohon jase baik tan sri utk menghulurkan sedikit bantuan kewangn ke atas saye.saye sedang menuntut di multimedia college jalan semarak kuala lumpur..sekarang saye di semester ke2..jumlah yuran pengajian diploma saye bernilai RM14,800..saye brharap pihak tan sri dapat membantu saye utk saye mncapai kejayaan yg gemilang..respon dari tan sri amat di perlukan..
ni email saye dzul_hz@yahoo.com
akaun CIMB saye 12230074224524

This is a good example to present a case and win your request -- from the heart. I hope Tan Sri found this.
Assalamualaikum Tan Sri.

Untuk makluman Tan Sri saya adalah ibu kepada seorang kanak-kanak yang lebih dikenali dengan panggilan “bayi biru” kira-kira enam tahun yang lepas. ADZIM AIZAN anak saya yang mengidap penyakit kronik atau nama penyakitnya PULMONARY ATRESIA WITH VENTRICULAR SEPTAL DEFECT di mana kisahnya pernah memenuhi dada surat khabar dan majalah-majalah bagi memohon bantuan orang ramai untuk pembedahannya.

Ingin saya imbas kembali, saya pernah merayu bantuan orang ramai untuk membantu saya mencukupkan kos pembedahan yang mencecah berpuluh ribu ringgit. Saya terpaksa mengenepikan rasa malu menadah tangan untuk menyelamatkan nyawa sikecil ini. Dalam usia 6 tahun tidak mengerti apa-apa penderitan yang dialaminya sendiri. Sebagai ibu saya bertanggungjawap berusaha untuk menyelamatkan nyawanya biarpun saya tahu ajal maut di tangan tuhan. Saya tidak sekali-kali akan membiarkan sahaja seperti tunggu dan lihat saat kematiannya. Walau apa sekali pun yang harus saya lakukan, saya akan lakukan biar pun terpaksa menadah tangan meminta simpati pada orang ramai.

Sewaktu dia disahkan menghidap penyakit ini saya telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya saya di suruh membawanya pulang kerana pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa dan kenyataan doktor pakar bahawa umurnya tidak akan panjang dan hanya dapat bertahan sehingga umurnya 1 tahun tanpa memberikan perangsang atau menyarankan mana-mana pusat perubatan yang boleh membantu, betul-betul membuatkan saya hilang semangat dan kekuatan diri untuk meneruskan hidup. Namun saya tidak berhenti setakat itu sahaja, dengan seribu pengharapan saya membawanya pulang dan berikthiar dengan berbagai cara termasuklah mengunakan cara perubatan tradisional. Sehinggalah saya dinasihatkan oleh seseorang yang mana anak beliau juga mengalami penyakit yang sama dan telah selamat menjalani pembedahan. Beliau mengesyorkan supaya membawanya ke pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang. Namanya saja sudah cukup mengambarkan sebuah pusat perubatan yang ‘high class’ umpama 5 star hotel. Manakan mampu orang seperti kami mendapatkan rawatan disana. Tetapi bak kata orang duit boleh dicari, tapi nyawa tak boleh dibeli. Hanya hospital ini memberikan harapan dan peluang untuk saya mencuba nasib sikecil yang tak tahu apa-apa ini. Dan akhirnya saya diberi semangat dan perangsang bahawa anak saya akan dirawat disini dengan melakukan pembedahan kaedah terkini dan doktor pakar mampu menyakinkan saya bahawa 98% peratus pembedahan akan berjaya. Sekurang-kurangnya tidak seperti hospital kerajaan yang langsung tidak memberikan harapan, semangat apatah lagi 0% untuk anak saya terus berjuang nasib di dunia ini.

20 Mac 2007 dia telah pun berusia 5 tahun. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuknya menjalani pembedahan yang saya harapkan adalah pembedahan terakhirnya. Tidak sanggup lagi rasanya melihat dia dibedah dan diperlakukan seperti anak ikan. Namun apakan daya hanya dengan cara sebegitu sahaja yang dapat dilakukan untuk menyelamatkannya untuk terus hidup bersama saya di dunia ini. 2 pembedahan telah selamat dilakukan iaitu pembedahan pertama pada usianya 7 bulan (2002) dengan kos pembedahan sebanyak RM15,000 dan pembedahan kedua sewaktu berumur 2 tahun (2004) dengan kos sebanyak RM35,000. Alhamdullilah, kedua-dua pembedahan tersebut telah selamat dilakukan dengan bantuan orang ramai yang prihatin dengan memberikan sumbangan bagi mencukupkan kos pembedahan-pembedahan tersebut. Dan dengan bantuan orang ramai serta syarikat-syarikat swasta yang bersimpati dengannya lah dia sekarang hidup seperti kanak-kanak lain. Seorang anak yang comel dan bijak dan tidak akan ada sesiapa pun yang menyangka anak ini menghidap penyakit jantung kronik yang boleh meragut nyawanya sekiranya lewat diselamatkan. Cuma jika di perhatikan keadaan tubuh badan yang lambat membesar dan warna kulit yang kebiruan itu sahaja yang menunjukkan bahawa dia sedang berperang dengan penyakitnya, dan hanya dia sahaja yang tahu dan merasainya. Kedudukan jantung yang tidak normal iaitu jantungnya yang berada di sebelah kanan badan dengan satu injap dan boleh dikatakan tiada saluran darah keparu-paru atau saluran darahnya halus dan sempit yang mana boleh membuatkan darah yang menuju ke paru-paru tersumbat. Ini membuatkan keseluruhan badannya menjadi kebiruan kerana kekurangan oksigen. Dia tidak boleh terlalu aktif dan akan mengalami kepenatan dan mula lah bibir dan kukunya menjadi biru. Pengepaman darah hanya berfungsi dengan satu injap sahaja, ini membuatkan dia cepat penat dan termengah-mengah. Dia juga tidak boleh mengalami luka yang teruk kerana darah akan banyak mengalir keluar.

Pembedahan pertama dilakukan segera iaitu pada bulan Julai 2002. Right BT Shunt atau memotong sebelah bawah lengan kanannya dengan memasang satu saluran getah atau tiub sementara yang hanya boleh bertahan sehingga usianya 2 tahun sahaja. Pembedahan kedua Left BT Shunt, sepatutnya dilakukan selepas 3 bulan pembedahan pertama di bawah lengan kirinya untuk pemasangan tiub tersebut tidak perlu dibuat. Dia bernasib baik kerana pembedahan pertama itu telah menunjukkan bahawa perjalanan darah ke paru-parunya berjalan dengan baik dan kebiruan diseluruh badannya beransur hilang. 4 pembedahan dicadangkan bagi menyelamatkan nyawanya. Pada April 2004, dia telah selamat menjalani pembedahan keduanya iaitu dengan pembedahan ke atas dadanya. Saluran sementara tersebut dibuang bagi mengantikannya dengan salah satu dari urat lehernya. Pembedahan yang dilakukan hampir 5 jam itu akhirnya berjaya. Saya bersyukur dia telah selamat dari pembedahan kedua tersebut dan hanya 1 sahaja lagi pembedahan harus dilakukan keatasnya. Kini 2 dari tiga pembedahan telah selamat dijalankan hanya menunggu masa untuk menjalani pembedahan ke3 sahaja iaitu Glen Operation.

Apa yang diberitahu oleh doktor pakar, Glen Operation ini akan mempunyai banyak risiko sewaktu pembedahan atau selepas pembedahan. Kos pembedahan untuk kali ini sahaja telah mencecah RM50,000 untuk kos jangkaan sekarang. Kos akan bertambah setiap tahun dan apa yang dikhuatiri kos pembedahan tersebut akan mencecah RM80 – Rm100,000 bila tiba masa pembedahan hendak dilakukan. Kalau bukan dari sekarang bila lagi saya harus berusaha mengumpul jumlah tersebut. Dengan kedudukan saya sebagai ibu tunggal kini, saya lah yang bertanggungjawap untuk menyelamatkan anak saya untuk terus hidup seperti kanak-kanak lain. Saya bukan memohon bantuan untuk menyara makan minum kami. Saya juga bukan orang miskin untuk meminta sedekah. Tapi oleh kerana kos pembedahan dan rawatan lanjutan yang tidak mampu saya adakan maka oleh yang demikian, saya dengan rasa rendah diri memohon bantuan orang ramai agar dapat membantu saya mengumpul jumlah kos pembedahan yang akan dilakukan nanti. Saya hanya mempunyai beberapa bulan sahaja lagi untuk mengumpul sejumlah kos pembedahan tersebut. Apa yang saya risaukan ialah menurut kata doktor pembedahan harus dilakukan segera sekiranya terdapat beberapa masalah yang wujud seperti saluran tersumbat, pendarahan, paru-paru bocor dan sebagainya.

Ramai yang mempersoalkan mengapa saya tidak memohon Tabung Bantuan Pesakit Kronik yang kerajaan tubuhkan sebanyak berjuta ringgit itu??? ..........Segala segi bantuan telah saya mohon termasuk tabung ini. Semua jawapan yang diterima menghampakan dan ada juga bantuan yang saya terpaksa tunggu jawapannya selepas satu tahun iaitu selepas pembedahan dilakukan. Semuanya dengan alasan kerana ‘PEMBEDAHAN KE ATAS ADZIM AIZAN DILAKUKAN DI HOSPITAL SWASTA’ Kalau bukan kerana keprihatinan orang ramai dan syarikat-syarikat swasta yang memberikan sumbangan saya rasa sikecil ini entahkan ada atau tidak didunia ini lagi. Terlalu banyak perkara yang akan saya pertikaikan jika saya mahu berbuat demikian. Tapi untuk waktu ini tumpuan saya hanyalah untuk berusaha ke arah mencapai sasaran kos pembedahan tersebut. Saya terpaksa lupakan sementara waktu karenah birokrasi permohonan bantuan dan prosedur-prosedur yang menambahkan dan menyulitkan lagi keadaan. Bayangkalah segala-galanya saya harus lakukan seorang diri. Sayalah ibu dan sayalah juga bapa kepada sikecil ini. Kalau saya ibunya sendiri berputus asa, apakan lagi sikecil yang tidak tahu kemana arah tujuan hidupnya. Sewaktu saya menulis e-mail ini entah berapa banyak air mata yang mengalir kerana kesedihan atas apa yang terjadi. Bukan menyesal dan juga bukan dosa anak ini kerana menerima cabaran yang sebegini tapi mungkin dugaan dari Allah untuk saya agar lebih mendekatiNya. Namun saya tetap tabah dan menerima semuanya ini dengan redha. Bagi saya mungkin ada hikmah disebalik penyakit yang ditanggung oleh ADZIM sepanjang perjalanan hidupnya. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Pusat Zakat Selangor dan Bank Rakyat yang banyak memberikan sumbangan dan kepada orang ramai yang telah berkorban wang ringgit untuk harga sebuah nyawa sikecil yang tidak mengerti apa-apa ini. Tanpa anda semua adakan masih ADZIM AIZAN atau ‘bayi biru’ ini dapat meneruskan penghidupannya di atas dunia ini??? Hanya tadahan tangan memohon seribu doa kepada Allah agar anda semua yang telah membantu kami mendapat habuan, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang sempurna sebagai balasan kerana sumbangan tersebut..

Untuk pengetahun Tan Sri saya telah menghantar beberapa dokumen berkaitan anak saya ini ke pejabat Tan Sri pada tahun lepas dan hingga ke hari ini tiada sebarang berita yang saya terima. Dengan sukacitanya saya sekali lagi memohon jasabaik dari Tan Sri untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan atau memaklumkan kepada saya bagaimana cara untuk saya memohon bantuan memandangkan pembedahan semakin hampir. Sekiranya Tan Sri ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan Adzim ketika ini bolehlah berhubung dengan sy melalui e-mail. (babyadzim@yahoo.com atau tel saya di no. 017-319 5629)


NORAZIAH BINTI ABD. MANAF
A/CC NO : MAYBANK 112157022999

referer referrer referers referrers http_referer