Yang Membingitkan.
Memang..... dunia ini, aku pandang ke kanan.... ke kiri.... menakutkan.
Agaknya, sebab aku terlalu banyak melalui perjalanan melihat dengan mata hati.
Kalau boleh, aku tak mahu dapat melihat terlalu cepat, terlalu dekat, terlalu terang.
.... melainkan kalau yang aku nampak itu keikhlasan, kesederhanaan. Kalau yang gah, yang betul-betul mengagumkan, yang mulia.
Tuhan dah banyak menguji aku, dulu masa aku masih mentah, masih tak reti guna naluri dan hati, bagi aku naik Honda CBR, aku bangga. Bagi aku banyak duit, aku cakap besar. Bagi aku lelaki-lelaki handsome menunggu di kaki aku, aku permainkan. Bagi aku lelaki matang, kuat agama aku perlekehkan.
Sekarang bagi aku suami, aku kadang-kadang ambik lewa tanggungjawab aku. Kerja makan gaji aku yang asyik nak dimantapkan, bagaikan pulak majikan itu lebih besar dari Tuhan; dari perintah suami; dari suruhan mummy daddy.
Tuhan bagi aku anak yang cerdik akal fikiran dan ada minat ke arah irama zikir, aku asyik melambatkan pemberian tenaga ajar ku.
____________________________________
Kebelakangan ini, aku pelik dengan diri aku. Bawak kereta mewah, aku tak merasa muka aku jadi sombong dibelakang kaca mata hitam menekan minyak ke sana ke sini. Tak pulak aku merasa macam nak buat rancangan keluar pakai baju seksi aku dan tayang diri di tempat keramaian. Atau, sengaja nak letak kereta di depan tempat 'strategik', biar orang tahu.
Aku dengar orang kata, "bayar servis untuk perkhidmatan swasta lebih berbaloi, puluh ribu takpa, tapi hati lebih senang." Tapi, mata hati aku nampak, sebenarnya betapa sakitnya mental si riak itu memikirkan bila hutangnya nak habis.
Sejak menjadi seorang ibu, aku lebih dapat melihat kedalam jiwa aku sendiri. Baik buruk aku sebagai seorang anak. Jasa mummy itu setinggi mana.
Adakah antara yang di ajar cikgu disekolah apa itu menyayangi dengan saksama? What is unconditional love?
Sana-sini zaman sekarang ibu-bapa melahirkan tuannya. Tanda dunia akhir zaman. Anak-anak yang memutuskan sama ada ibu-bapanya layak diberi wang atau tidak. Kalau mak bapak sudah ada gaji atau EPF yang banyak, atau adik-beradik lain yang bergaji lebih tinggi sudah bagi lebih dari RM5000 jadi tak perlulah bagi banyak sangat, mak bapak dah kaya, atau mak bapak tak pernah mintak pun, jadi buat apa bagi.
Aku hormat setinggi-tingginya anak-anak yang pandai mengatur nafkah untuk kerabat darah dagingnya.
Bila mak bapak besarkan kita, tidak ada dia fikir lebih baik beri yang pandai lebih banyak, atau yang lebih cantik lebih banyak kerana nanti di masa depan boleh dapat keuntungan balik.
_____________________
Bila kita pergi menziarah orang atau sebaliknya, terutama sekali yang kepada generasi muda tak dikenali sangat. Payahnya nak merasai apa itu rasa diraikan. Jarang benar aku nak jumpa wanita segenerasi aku yang mahu datang ke pintu menyebut, 'jemputlah masuk.'
Yang pandai cari tajuk perbicaraan, jauh sekali. Balik-balik tengok pe'el perempuan yang rasa janggal atau yang terus tunjuk perasaan tak setuju dengan pilihan teman suami atau isterinya. Either, she is too slutty, her hair is too blonde, her husband is so pretentious, she is too talkative-Kalau nak cari rumah siapa yang tenang untuk diziarah masihlah ke rumah orang-orang yang lebih tua, yang masih cuba sedaya-upaya to get to our level to grow the conversation topics.
Bingitnya dunia.
Yang menenangkan aku, bunyi burung yang ikhlas menyanyi diluar tingkap bilik setiap 4:30pagi. Burung tu langsung tak tau siapa yang dihiburnya, dia tak pun tahu bunyinya sedap sungguh didengar sampai aku rasa happy for it; sampai aku senyum kalau tersedar waktu yang sama.
Yang menenangkan aku, pergaduhan aku dengan anak lelaki ku bila dia tak mahu berhenti dari bukak peti ais, sekali setiap 15 minit, aku akan tinggikan suara, dia akan marah, frustrated dengan aku dan menangis, tapi dia akan menangis dalam pelukan aku dalam masa yang sama. Sedar agaknya dia, walaupun aku marah, aku tetap sayang kan dia.
Yang menenangkan aku, melihat wajah suamiku setiap keheningan subuh sebelum dia terjaga, yang mengingatkan aku Allah s.w.t itu Maha Pemurah. Bertahun sifat aku lupa dunia, di beri Nya juga aku jodoh.
.... akan aku kuatkan lagi azamku untuk menjauhi kebingitan. Supaya aku lebih dekat pada Mu.

<< Home