Akademi Fantasia, realiti di sebalik realiti.
Terang sekali yang mengutuk Mas pada hakikatnya kabur pandangan, yang kamu semua bencikan bukanlah Mas yang luhur dan ikhlas, disebalik itu, kamu keliru bahawa perasaan itu adalah untuk pengundi-pengundinya dan juga panel pengkritik yang bertali-tali memberikan Mas semangat untuk terus berjuang. Tapi Mas yang jadi mangsa yang perlu mendengar sendiri segala penghinaan. Dia seorang sahaja yang terfikir untuk mengucapkan 'Yang bayar bil banyak untuk undi Mas, terima kasih. Semoga Tuhan murahkan rezeki anda semua'. Dan kita tahu ucapan itu ikhlas sekali.
Terang sekali kamu yang anti rancangan Akademi Fantasia pada hakikatnya mengikuti segala perkembangan Akademi Fantasia itu sendiri. Kalau tidak masakan kamu semua dapat cari modal untuk melemparkan kutukan seorang demi seorang murid Akademi yang peliknya kamu begitu kenali. Apa lagi perkara yang bermanfaat untuk masyarakat yang kamu boleh buat sebaik berakhir episod AF, semoga berjaya!
Terang sekali rakyat Melayu Malaysia paling dermawan bila sampai cerita kesusahan, penderitaan dan apa apa permintaan yang ikhlas untuk bantuan. Saya percaya itulah sebab utama mereka bermurah hati berhabis dengan bil telefon, kerana kalau permintaan derma untuk menyekolahkan Mas ke sekolah seni drama atau nyanyian melalui cara itu pun tentu bagaikan air hujan yang turun dari langit datangnya pertolongan. Perbelanjaan cara SMS terlalu mudah, spontan, tak perlu fikir, berbanding mendepositkan wang ke dalam akaun bank.
Itulah yang terang, orang kita, daripada menggunakan tangan sendiri, bakat dan wang untuk membantu keadaan negara, sebaliknya mencari bahan apa saja yang menjadi subjek popular untuk menjatuhkan ketua negara hanya untuk mendapat perhatian orang agar datang berbual kosong dan riak... Pak Lah jadi mangsa?. Menghapus kemiskinan, rasuah dan sebagainya dalam masa baru setahun nampaknya belum cukup memuaskan hati mereka.
*link=pilih artikel 'Praise for Pak Lah'.
Yang diam pula mencari cara untuk membantu dan langsung tak kisah apa yang di api-apikan. Carilah lagi modal lain untuk membantu orang yang memerlukan, tanpa hanyut hingga membazir, tanpa celupar menunjukkan riak, tanpa sesaat lupakan Tuhan.
Pertama kali saya akan menyaksikan acara ini sendiri di dewan minggu depan. Saya rasa seronok menghulurkan dua tiket barisan ke14 dari pentas kepada pemandu van syarikat, dapat juga dia berhibur bersama isterinya dengan hanya RM60 sambil menderma.
Acara bola sepak atau badminton di stadium, di mana kalangan Melayu juga adalah majoriti yang bersorak-jerit, sepak-terajang dan melontar bermacam kata-kata... rasanya penonton konsert begitu juga tetapi kurang kerana penonton wanita yang sopan-santun ramai, belum ada lagi yang sampai lari bogel lupa diri atau menangis sampai sujud ke lantai. Semuanya akan pulang dengan.. bukan semangat lupa Tuhan dan mengagung dan menyembah artis AF, tapi dengan penuh semangat kesukanan!
Yang baru saya sedar, kemeriahanmu Malaysia.

<< Home